LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Tuesday 4 October 2011

Widgets

WARNA WARNI PMR 2011

PMR! Zaman saya dulu dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran(SRP) sebelum diganti dengan Penilaian Menengah Rendah. Relevenkah PMR sekarang. Bagi aku ianya masih relevan. Selain menjadi pendorong untuk pelajar mengulangkaji pelajaran, ianya turut menjadi tiket kepada para pelajar untuk memasuki sekolah2 kategori elit seperti MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah integrasi mahupun sekolah vokasional. Oleh itu, jom kita tengok telatah adik2 kita ketika menempuhi PMR 2011.



KUANTAN, 4 Okt -- Para pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad berkumpul dan membaca doa sebelum memulakan peperiksaan.....Seramai 88 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 112 mengambil PMR di hospital daripada 26,058 calon tingkatan tiga di seluruh Pahang menduduki peperiksaan bertulis PMR dengan 234 pusat peperiksaan yang bermula hari ini.....--foto sumbangan BERNAMA



BESUT, 4 Okt -- Calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Mohamad Fiordaud Mohamad Ruzmi sedang menjawab kertas soalan PMR di wad Hospital Daerah Besut di sini, hari ini akibat penyakit Pseudotumour paru-paru dan abdomen yang dihidapinya yang memaksanya mengambil peperiksaan di hospital berkenaan...Beliau yang mengidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu itu terpaksa menggunakan mesin Bilevel Positive Airway Pressure (BIPAP) untuk bernafas bagi membolehkannya menduduki peperiksaan PMR yang bermula hari ini...--foto sumbangan BERNAMA


KULIM, 4 Okt -- Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), R.Denish Kumar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Kob menjawab soalan ketika menerima rawatan di Hospital Kulim di sini, hari ini..Dua lagi pelajar yang terpaksa menjawab soalan di hospital ini ialah Mohd.Aziz Dahalan dari SMK Datuk Lela Pahlawan, Padang Serai dan Mohd. Syamizal Abdul Halim dari SMK Labu Besar..--foto sumbangan BERNAMA



KUANTAN, 4 Okt -- Hari ini pelajar-pelajar sekolah menengah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ketika tinjauan fotoBernama di sini, hari ini..Kelihatan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Nur Syuhada Samsuri yang juga anak yatim piatu menggunakan cctv bagi membesarkan tulisan kertas peperiksaan Bahasa Melayu kertas satu selepas mengidap penyakit rabun yang teruk..Seramai 88 Orang Kurang Upaya (OKU) dan 112 mengambil PMR di hospital daripada 26,058 calon tingkatan tiga di seluruh pahang menduduki peperiksaan bertulis PMR dengan 234 pusat peperiksaan yang bermula hari ini..--foto sumbangan BERNAMA



JOHOR BAHARU, 4 Okt -- Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR), Muhammad Fadzli Rahim yang cacat penglihatan sedang menjawab soalan Pendidikan Islam Kertas Satu dengan menggunakan sistem Braille ketika tinjauan fotoBERNAMA di Maktab Sultan Abu Bakar di sini, hari ini...Seramai 227 orang calon termasuk tujuh pelajar cacat penglihatan menduduki peperiksaan pada tahun ini...--foto sumbangan BERNAMA

Cuma setakat yang aku ketahui dari sumber tak rasmi(dan menjadi bualan dikalangan guru2 sekolah), pada tahun 2013 merupakan tahun terakhir PMR diadakan secara peperiksaan berpusat. Pada 2014, tiada lagi peperiksaan PMR berpusat, bagaimanapun keputusan PMR tetap akan dikeluarkan seperti biasa. Cikgu2 semua!! Adakah anda bersedia dengan perubahan ini? Dan tentunya beban kerja anda akan meningkat. Tak mengapa, kita kan sebahagian dari agen pembangunan negara Malaysia?


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX