LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday, 13 October 2011

Widgets

FATWA KONTROVERSI : HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG



Salah satu badan agama Islam di Malaysia(nama dirahsiakan, katakan JM) telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 10 Oktober tahun 2011:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Gerek Basikal telah meminta pegawai kanan JM untuk memberi ulasan yang mendalam(berserta dalil aqli dan naqli) sebab-sebab JM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Pengajaran : Islam menghadkan poligami sehingga 4 orang isteri pada satu-satu masa sahaja. Kalau sudah sehingga satu kampung ingin dinikahinya, ini tak dibenarkan dalam Islam.

[Jom serbu RM10,000 dari MILO di sini]


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX