LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday 12 October 2011

Widgets

PEGAWAI PENGUATKUASA IMIGRESEN MAUT




11 Oktober, 2011 23:54 PM

Pegawai Penguatkuasa Imigresen Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Kondominium

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- MAUT... Anggota pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa mayat Pegawai Imigresen, Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, untuk di hantar ke Hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat. Mangsa dipercayai terjatuh dari kediamannya dari tingkat 12, kondominium Magnaville Selayang, malam ini. --foto sumbangan dari BERNAMA


"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.


Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

Foto/Informasi sumbangan dari BERNAMA.

[Tingkatkan produktiviti anda dengan Samsung Galaxy Tab di sini]


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX