Ahmad Jais atau Datuk Mohd Jais Ahmad. Sedekahlah Al-Fatihah kepadanya sebelum anda membaca entri ini dengan lebih lanjut.
KUALA LUMPUR, 11 Okt 2011: Penyanyi veteren Datuk Mohd Jais Ahmad atau Mat Jais, 75, meninggal dunia pada kira-kira 9.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat masalah paru-paru di sini. Jenazah penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini. -- foto/informasi sumbangan BERNAMA
SHAH ALAM, 11 Okt -- Anak sulong Allahyarham penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad, Mohamad Iskandar,45, melihat adiknya Maimun menyiram air air mawar ke atas kubur bapa mereka di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini hari ini.
Allahyarham yang lebih dikenali Mat Jais, 75, yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" meninggal dunia pada kira-kira 9.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat masalah paru-paru. -- foto/informasi sumbangan BERNAMA
Allahyarham yang lebih dikenali Mat Jais, 75, yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" meninggal dunia pada kira-kira 9.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat masalah paru-paru. -- foto/informasi sumbangan BERNAMA
SHAH ALAM, 11 Oktober -- Saudara terdekat, sahabat handai, kenalan artis dan orang ramai mengaminkan doa selepas jenazah allahyarham penyanyi veteren Datuk Mohd Jais Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 di sini hari ini. -- foto/informasi sumbangan BERNAMA
Bagi generasi Akademi Fantasia mungkin tidak mengenalinya. Bahkan aku yang dah tua ni pun bukanlah generasi yang meminati lagunya. Dia adalah kumpulan penyanyi yang popular di zaman ayahku. Tahu bila ayahku dilahirkan? 1944. Dah dapat gambaran bukan? Tapi yang aku nak kongsikan bersama kalian ialah tentang satu lagu Ahmad Jais dari kategori nasyid. Jauh lebih dahulu dari kumpulan/generasi Raihan dalam mempopularkan lagu nasyid. Tak percaya. Cuba dengar klip lagu di bawah.