LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 14 October 2011

Widgets

PELAJAR HILANG DIJUMPAI MELALUI FACEBOOK





Rasanya aku ada buat entri tentang kehilangan pelajar ni di sini.

14 Oktober, 2011 21:02 PM

PautanPelajar Hilang Kembali Ke Pangkuan Keluarga

KANGAR, 14 Okt (Bernama) -- Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang tidak pulang ke rumahnya di Taman Bukit Kayangan di sini sejak Rabu lalu ditemui merayau-rayau di Telok Kumbar, Pulau Pinang Khamis malam.

Ibunya Nur Hafizah Nordin, 37, berkata anaknya ditemui kira-kira 9.30 malam oleh anggota keluarganya yang mencari anaknya serta seorang rakannya yang hanya dikenali sebagai Amira.

Menurutnya, mereka turut dibantu oleh seorang anggota polis di Pulau Pinang dan seorang rakan laman sosial Facebook anaknya.

"Kami mengesyaki dia berada di Pulau Pinang berdasarkan beberapa petunjuk dan maklumat. Kami temui dia di tapak pasar malam di situ," katanya di sini Jumaat.

Kehilangan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra itu mendapat liputan meluas media termasuk stesen televisyen dan usaha mengesannya dilakukan sebaik keluaraganya menyedari dia tidak hadir ke sekolah.


Nur Hafizah bersyukur anaknya ditemui semula dalam keadaan selamat.

Nurul Nursyawaltie berkata dia hanya membawa wang RM13 semasa mengikut Amira ke Pulau Pinang.

Wang itu habis digunakan untuk membayar tambang bas dan feri ke Pulau Pinang.

"Saya nak balik tapi duit dah habis. Amira ajak saya kerja dan tinggal di rumah rakannya," katanya.


Foto&Informasi sumbangan BERNAMA


Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX