LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Thursday, 13 October 2011

Widgets

PELAJAR PEREMPUAN HILANG SELEPAS KE SEKOLAH


KANGAR, 13 Okt -- Eksekutif Produksi Syarikat Menjahit Pakaian, Mohd Sabri Samat, 35, (kanan) menunjukkan foto anaknya, Nurul Nursyawaltie, 14, yang dilaporkan hilang ketika kunjungan pemberita di rumahnya di Taman Bukit Kayangan dekat sini, hari ini.
Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra itu didapati tidak pulang ke rumah setelah keluar ke sekolah semalam manakala basikalnya ditemui di kawasan perumahan berhampiran rumahnya.

13 Oktober, 2011 15:48 PM

Pelajar Perempuan Dilaporkan Hilang Selepas Ke Sekolah

KANGAR, 13 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar perempuan yang berbasikal ke sekolah pagi semalam dilaporkan hilang setelah tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

Bagaimanapun Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang menetap di Taman Bukit Kayangan dekat sini dikatakan tidak berada di sekolahnya semalam dan basikalnya ditemui di sebuah kawasan perumahan berhampiran.

Bapanya, Mohd Sabri Samat, 35, yang ditemui di sini berkata, beliau menunggu anak sulungnya di lokasi basikal ditemui sehingga petang semalam namun kelibat anaknya tidak kelihatan.

Eksekutif produksi sebuah syarikat menjahit pakaian itu berkata, beliau telah membuat laporan polis awal hari ini.


KANGAR, 13 Okt -- Gambar pelajar yang dilaporkan hilang, Nurul Nursyawaltie Mohd Sabri, 14, yang diedarkan oleh bapanya, Mohd Sabri Samat, 35, ketika kunjungan pemberita di rumah mereka di Taman Bukit Kayangan dekat sini, hari ini.


Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Putra itu dikatakan mempunyai sejumlah besar sahabat dalam laman sosial facebook.

Mohd Sabri tidak menolak kemungkinan anaknya ke Pulau Pinang kerana mempunyai ramai kawan di negeri itu apatah lagi sebelum ini mereka sekeluarga menetap di sana.

Katanya, gambar Nurul Nusyawaltie telah disebar kepada rakan-rakannya melalui telefon bimbit sebagai langkah untuk mengesan anaknya.

Foto & Informasi sumbangan dari BERNAMA

Comments
0 Comments

ENTRI KAWAN BUSUK

ENTRI KAWAN APESAL

ENTRI KAWAN OHBELOG

ENTRI KAWAN GUABLOG

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX