LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Friday, 14 October 2011

Widgets

SUSU PS1M SELAMAT UNTUK DIMINUM


Sebahagian kakitangan Dutch Lady Malaysia menunjukkan susu kotak pada Program Susu Sekolah 1Malaysia dan sesi taklimat kepada media di sini, hari ini.Foto sumbangan BERNAMA


13 Oktober, 2011 15:43 PM

Susu PS1M Adalah Selamat Untuk Diminum - Dutch Lady

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Susu yang diedarkan di bawah Projek Susu Sekolah 1Malaysia (PS1M) oleh syarikat tenusu terkenal Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady) adalah selamat untuk diminum oleh murid-murid sekolah.

Ketua Jabatan Korporat dan Hal Ehwal Kawal Selia Dutch Lady, Rohana Safinah Abdul Hamid berkata pengedaran susu PS1M ke seluruh negara oleh syarikat itu sentiasa dikawal rapi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan, terutama ke kawasan luar bandar.

Di bawah projek PSIM yang bermula April lepas, seramai 1.5 juta murid dari 8,000 sekolah di seluruh negara mendapat manfaatnya.


Kakitangan Dutch Lady Malaysia memeriksa susu-susu yang sudah diproses sebelum di pasarkan pada program susu sekolah 1Malaysia dan sesi taklimat kepada media di sini, hari ini.Foto sumbangan BERNAMA


Beliau juga berkata pihaknya sentiasa memantau proses pengedaran itu dan setiap sekolah akan "dibekalkan dengan "pallet" untuk meletak karton susu bagi mengelakkan kerosakan."


"Sementara guru akan diajar oleh pegawai kami yang turun padang mengenai cara untuk melindungi susu daripada tercemar," katanya kepada pemberita pada majlis lawatan dan penerangan media ke syarikat itu di sini hari ini.

Beliau berkata setiap bungkusan yang dihantar ke sekolah-sekolah luar bandar khususnya pedalaman diselia dengan rapi dan pengedaran ditapis berulang kali untuk mengelakkan berlaku sebarang kerosakan.

Menyentuh mengenai pemberhentian sementara syarikat itu dalam projek susu sekolah pada 2007, ini adalah kerana untuk menambah baik pelaksanaan projek itu dan bukannya disebabkan isu keracunan susu seperti yang diwar-warkan.

"Pihak kami telah menganalisis isu yang timbul dan sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang kes keracunan berpunca daripada susu keluaran syarikat kami," katanya,

Rohana berkata kualiti susu PS1M yang diedarkan kepada murid-murid sekolah itu adalah sama dengan kualiti susu yang dijual di pasaran.

Bagi program kali ini, pelbagai usaha penambah baik telah dilakukan termasuk mendidik guru dan murid-murid sekolah luar bandar mengenai khasiat susu dan cara pengambilannya sebagai satu corak amalan hidup yang sihat.


Kakitangan Dutch Lady Malaysia memeriksa tahap pH susu-susu yang sudah di proses sebelum di pasarkan sempena sempena program susu sekolah 1Malaysia dan sesi taklimat kepada media di sini, hari ini. Foto sumbangan BERNAMA


Sementara itu, pakar jaminan pengurusan kualiti Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd Rina Yeo berkata bungkusan susu yang digunakan untuk PS1M itu mengandungi enam lapisan bagi setiap kotak dan selagi bungkusan dijaga dengan baik, susu adalah selamat untuk diminum.


"Sebelum bungkusan itu diedarkan, ia akan disemak berulang kali termasuklah produk tenusu selain bungkusannya," kata beliau.

Sumber informasi : BERNAMA

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX