LEAVE YOUR MESSAGE


ShoutMix chat widget

Wednesday, 12 October 2011

Widgets

JALAN DITUTUP UNTUK ACARA BERBASIKAL



Persiapkan basikal anda untuk antara acara berbasikal tahun ini

12 Oktober, 2011 14:53 PM

Jalan Di KL Ditutup Sabtu Dan Ahad Untuk Acara Basikal

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu manakala pada Ahadt pula, jalan-jalan yang terlibat akan mula ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.

Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P.Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar.

Informasi sumbangan dari BERNAMA.

Lain-lain maklumat berkaitan

[A], [B] dan [C]

Comments
0 Comments

LEAVE YOUR MESSAGES AT CBOX